1: ILMU DAN MAKRIFAT
Wahai yang tidak aku kenali
ku panjat gunung yang tinggi
sangkaku Engkau berada di puncaknya
namun tidak ku temui Engkau di sana.Lalu aku terjun dari puncak gunung
jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.
Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku
aku terbang dengan sayap Rahmani-Mu
mengembara ke seluruh alam maya
namun tidak ku temui Engkau di dalam alam.
Hatiku mengatakan Engkau ada
lalu aku keluar daripada alam
dan aku terjun ke dalam hatiku.
Di sana aku temui kebodohanku
bodohnya aku menyangka akulah Aku
sedangkan Dia jualah Aku
dan aku tiada beserta Dia.
Bila aku tiada beserta Dia
tinggallah Dia sendirian
rindulah Dia kepada diriku
lalu Dia terjun ke dalam hatinya
di sana Dia berjumpa Aku
Aku menyambutnya dengan tersenyum.
Aku dan Dia
Dia dan Aku
bukan dua dan bukan Satu
satu masih berbentuk
masih berjarak titik atas dengan bawah
sedangkan Aku dan Dia
tiada antara
bukan juga titik yang halus
titik yang halus masih menempati ruang
sedangkan Aku dan Dia
tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.
Aku adalah Dia
Dia adalah Aku
tiada beza antara Aku dan Dia
bila aku cuba mengenali Dia
aku tidak kenal lagi diriku
aku tidak kenal lagi diri Dia
bila dia cuba mengenali diriku
dia tidak kenal lagi dirinya
dia tidak kenal lagi diriku.
Tiada lagi kenyataan
tiada juga keghaiban.
Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.
Aku adalah rahsia Dia
Dia adalah rahsia Aku
usah diganggu rahsia ini.
2: PENCARIAN Paling aku tidak mengerti bagaimana mahu menyeru-Mu jika nama juga hijab antara Engkau dengan aku.Engkau esa tiada hijab menemani Mu mana mungkin Engkau terhijab. Berapa banyak hati sudah hancur luluh Engkau dekat Bila aku di tangga rumah Mu Dalam kepayahan ini Aku tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman Janganlah Engkau murka Wajahku yang hodoh dan hina Izinkan daku bermalam di tangga rumah Mu |
3: PENCARI Daku terbang mencari Mu lalu aku dipanah oleh pemanah cederalah dadaku adakah begini nasib si pencari Mu?Jika Engkau bertanya apakah yang daku mahu jawapanku hanya satu: Engkau, semata-mata Engkau. Selamatkan daku dari anak panah Engkau Pemilik keteguhan Janganlah sesiapa menggangu daku |
4: ILMU DAN MATLAMAT Daku terbang dengan sayap Rahmani Mu Menggalas ilmu di atas belakang Agar daku tidak sesat di jalanan Tapi ilmu ini amat membebankan daku Hingga daku tidak terdaya terbang tinggi Izinkan daku mencampakkan ilmu ke bumi Biar sayap Rahmani Mu sendiri membawa ku pergi Sesuka dan semahu Mu.Engkau ciptakan daku hanya untuk Mu Maksud dan tujuan ku hanyalah Engkau Sampaikan daku kepada tujuan penciptaan dan matlamat ku. |
5: DOSA, KEBAIKAN DAN YANG HAK Aku kumpulkan sekalian dosa-dosa ku yang menghimpit jiwaku aku melihat seluruh dunia adalah dosa izinkan daku meletakkan segala dosa di bawah tapak kaki ku.Aku hadapkan pandangan kepada kebaikan bila daku melihat diriku yang baik berdatangan diri-diri lain menghijab izinkan daku meletakkan segala kebaikan di bawah dosa-dosa. Aku berhadapan dengan keinginan-keinginan Wajah keinginan memperlihatkan ego diri Keinginan adalah dosa sebenar Bagaimana menghapuskan keinginan Aku melihat kepada diriku Ia tidak dikurung oleh jasad Ia sentiasa damai dan tenteram Kuburkan diri yang berkeinginan! Bila daku mendengar ucapan Mu Engkau terangi daku dengan cahaya Mu Cahaya Mu yang tanpa warna tanpa rupa Sekalian wajah-wajah adalah cermin wajah Mu Hati itulah rahsia besar. Pandanglah Tuhan tanpa menggunakan mata |
6: KERAGUAN
Engkau ajukan pertanyaan:
mengapa fikiranmu bersimpang siur
mengapa dukacita tidak terlepas daripadamu.Wahai Pelindung diriku
apabila aku mendatangi Mu dengan diriku
aku kecundang
fikiranku tidak bisa menjurus
jiwaku tidak bias tenang
keraguan tidak terpisah dari diriku.
Pengalaman ini membuatku mengerti
mengenali Mu bukanlah dengan diriku
pengenalan Mu adalah dengan Diri Mu.
Cahaya Mu yang menyatukan segala fikiran
cahaya Mu yang membakar segala kerisauan.
Daku bukakan hatiku sambil memohon:
wahai ar-Rahman!
penuhilah hatiku dengan cahaya Mu
tanpa cahaya Mu mana mungkin daku melihat Mu.
Tinggalkan komentar